**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





14 October 2009

KEBAL TARBIYAH ATAU TEBAL TARBIYAH

Menyentuh soal tarbiyah pastinya semua pejuang ISLAM khususnya PAS pernah melaluinya. Sama ada berbentuk hirarki/organisasi atau amal Islami.

Pelbagai cabaran dan halangan yang diterjemahkan sebagai permasalahan jamaah dapat diatasi dengan mudah sekiranya pendokong & penyokong memahami apa itu tarbiyah.

Sistem tarbiyah PAS yang pernah ana ikuti sememangnya mencangkupi pelbagai aspek termasuklah aqidah, ibadah, muamalat, organisasi dan politik. Sistem ini sememangnya sentiasa berubah mengikut kehendak semasa namun terasnya tetap sama.

Asas tarbiyah ialah USRAH. USRAH nadi Jamaah. sekiranya ada di kalangan kita gagal mengutamakan USRAH bermaksud kita menggagalkan keseluruhan sistem tarbiyah. Tidak kira sama ada kita mengaji pondok, hebat menadah kitab, ustaz penyampai kuliah, tok guru, memiliki PHD sekali pun, usrah mesti dihadiri sekiranya kita pendokong jamaah. Itulah kata2 naqib yang ana ingat.

Di kalangan kita ramai yang tidak memahami hikmah tarbiyah. Kita mengikuti tabiyah tetapi tidak bermujahadah dengannya. Inilah yang dikatakan kebal tarbiyah. Kebal bermaksud tidak lut. Apa jua tarbiyah yang diterima seolah-olah tidak memberi kesan pada dirinya. Kembali dari usrah atau tamrin, kita menjadi seperti kita seadanya. Dari menjadi ahli biasa sehingga naik ke peringkat tertinggi pun, akhlak jamaah masih gagal ditegakkan dalam diri. Kemudian mendabik dada berkata, kita berjuang demi agama.

Contoh mudah, berapa ramai di kalangan kita yang masih suka membicarakan keburukan sahabat di luar mesyuarat atau usrah? Mempertikaikan keputusan syura yang menjadi tunjang keberkatan jamaah? Menghebahkan kelemahan pimpinan ke peringkat bawah tanpa kita berperanan menegur pimpinan secara berakhlak? Meninggalkan ibadah wajib? Mengekalkan amalan makruh dan haram? Merokok? Bersembang di kedai2 makan sehingga lewat malam? Menyimpan dendam dan buruk sangka? Berlebihan bila bercakap? dan banyak lagi. Tidakkah semua perkara ini seringkali ditegaskan di dalam usrah?

Berbalik kita kepada soal tarbiyah, pendokong yang tebal tarbiyah susah diperolehi. Tebal bermaksud hebat, kuat atau ampuh kepada tarbiyah. Mereka yang menerima tarbiyah dan bermujahadah dengannya. Dengan pelbagai ujian, sememangnya kadang2 mencederakan tarbiyah yang diterima. Amat susah sebenarnya bagi mereka yang tebal tarbiyah apabila di kelilingi oleh mereka yang kebal tarbiyah. Umpama secawan air jernih, walau dengan kehadiran setitik kopi pasti warnanya akan berubah.

Oleh itu, mereka yang tebal tarbiyah perlu menjadi dominan di dalam jamaah. Bersuara dan menegur sahabat2 yang kebal tarbiyah ini sebelum kita dipengaruhi. Berdiam diri tidak akan menjadikan kita warak di dalam jamaah. Biarlah kita dicemburi kerana kita mempertahankan tarbiyah. Tidak cukup bagi mereka yang tebal tarbiyah sekadar berdiam diri apabila berlakunya pertembungan fikrah. Kita perlu bertanggungjawab ke atas amanah dan jamaah. Jangan merasa janggal bila pandangan dikritik, ditolak mahupun dimalukan. Tidakkah kita berasa sayang kepada sahabat-sahabat di dalam jamaah. Membiarkan golongan yang kebal tarbiyah diulit logik aqal dan pengalaman tanpa hidayah?

Perlu difahami bahawa kita semua sama disisi ALLAH iaitu hamba yang seringkali lupa, leka dan di dalam kerugian. Yang menulis tiada kehebatan yang membaca juga tiada kecelaan melainkan hati yang sentiasa mengingati ALLAH.

Aku menulis....

13 October 2009

Membina Karisma Kepimpinan PAS - Suntingan "Mata Hati "


p[


Majlis Usrah DPPB di rumah Sdr Azraei. DPPB berterima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan DPPB.

Kepimpinan Kalut tidak menambah Kebaikan parti


Sebagaimana kepimpinan pasif tidak diperlukan oleh parti malah mengganggu kelancaran gerakkerja parti dalam melangsungkan misi dan visinya, kepimpinan kalut juga tidak menambah kebaikan dan kekuatan organisasi. Sebaliknya kekalutan itu membuatkan organisasi menjadi semakin kusut dan tidak menentu.


Kepimpinan kalut ini mungkin banyak cakapnya dalam mesyuarat tetapi hanya sekadar menyampuk serta mengkritik aktiviti dan gerakkerja yang dibuat oleh pihak lain sedang tugas atau tanggungjawab sendiri diabaikan malah dilepaskan dengan cukup bijak melalui kepetahannya berkata-kata.


Terkadang kalut dengan 1001 idea tetapi malang , idea itu gagal dilaksanakan walau hanya satu dari idea tersebut. Akhirnya mesyuarat menjadi bising dan hingar seperti pasar tetapi tidak mehadirkan natijah yang positif dan keputusan yang baik untuk dilaksanakan .


Kepimpinan Ulama' mesti bersih dari imej hambar ini .


Andai kepimpinan yang telah saya sebutkan itu benar-benar berlaku , tentulah ia melakar imej yang negatif kepada institusi Kepimpinan Ulama' .


Justeru itu, semua pihak bertanggungjawab berusaha meletakkan kepimpinan parti sebagai kepimpinan yang dinamis. Jika melibatkan individu ulama' yang alim dan faqih maka mestilah individu tersebut bertindak aktif dan profesional dalam tindakan sebagai penjawat amanah dalam parti agar dilihat kepimpinan ulama' aktif , cerdas dan cergas .


Sementara yang melibatkan individu profesional dan aktivis pula , mestilah individu terbabit melandaskan tindakan mereka berasaskan fiqh Islami agar dilihat pula sebagai kompenan institusi Kepimpinan Ulama' yang tidak tersasar dari ketulenan manhaj perjuangan Islam .


Tegasnya , kepimpinan Ulama' bukanlah merujuk kepada batang tubuh individu ulama' yang wujud dalam parti tetapi berasaskan kolektif kepimpinan parti yang mendasari matlamat, tindakan dan hala tuju perjuangan di atas keputusan dan pemantauan syura ulama' yang telah diinstitusikan di dalam parti .

sumber: Ust Nasrudin Hassan at Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/03/membina-karisma-kepimpinan-pas.html

12 October 2009

Kemenangan ISLAM hanya dengan kekuatan akidah

Firman Allah dalam ayat 123-124 surah Ali ‘Imran :

ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون . إذ تقول للمؤمنين ألن يكفيكم أن يمدكم ربكم بثلــثة ءالــف من الملئكة مسومين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu dalam keadaan lemah, Oleh itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya. Ingatlah ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin :” Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantumu dengan 3 ribu para malaikat yang diturunkan dari langit?”.

Jika dalam peperangan Badar al-Kubra ketika Rasulullah s.a.w dan tentera Islam berada dalam kepungan musuh yang tiga kali ganda lebih ramai dan kuat sedangkan nabi dan tentera Islam sebenarnya bukanlah keluar dengan niat berperang maka Allah datangkan kemenangan kerana pertautan hati mereka dengan Allah begitu kuat. Oleh itu kita umat Islam hari ini dengan jumlah yang ramai mestilah lebih yakin kepada janji kemenangan daripada Allah dengan syarat kita kembali bersatu di bawah panji Islam.

Musuh Islam terus menekan dan menyerang umat Islam seluruh dunia kerana Islam yang bergerak atas asas wahyu dan menawan hati manusia merupakan suatu kuasa yang paling merbahaya kepada kuffar yang bergerak atas dasar kejahilan dan paksaan ke atas tubuh manusia. Islam diperangi secara fizikal dan mental. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disiksa setiap hari. Begitu juga umat Islam di beberapa tempat yang lain di mana kuffar yang telah memulakan perang Salib terbaru terhadap Islam tidak akan merasa tenang selagi adanya umat Islam di atas muka bumi Allah ini. Selain serangan fizikal kuffar turut menghina Islam agar dibenci oleh seluruh umat dunia bagi menyekat kemasukan rakyat negara-negara barat terutama Amerika ke dalam Islam yang kini peratusnya begitu tinggi sejak serangan 11 September. Apa yang terbaru ialah penghinaan seorang wartawan yang menuduh jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup maka sudah pasti baginda akan memilih salah seorang ratu cantik yang datang bertanding di Nigeria yang menyebabkan lebih 200 orang mati akibat pertempuran antara umat Islam dan Kristian di Nigeria. Umat Islam di Nigeria sanggup mati apabila nabi Muhammad dihina sedangkan di negara kita pemimpin yang menghina hukum Allah dan mencaci nabi terus dapat memimpin apatah lagi penulis murahan yang berbuat demikian.

Negara kita tidak terkecuali daripada ditekan oleh barat dan kuffar walau pun pemimpin yang jahil dan mengkhianati umat Islam telah banyak membodek dan mengampu kuffar. Semakin ramai rakyat yang tidak bersalah di tahan di bawah ISA maka semakin kuat tuduhan barat bahawa pemimpin dan negara ini juga merupakan pengganas. Negara ini didakwa oleh kebanyakan negara barat tidak selamat untuk dilawati serta membayangkan akan berlakunya letupan bom sebagai yang telah berlaku di Bali, Indonesia. Malah Perdana Menteri Singapura turut menjelaskan bahawa politik Islam merupakan suatu yang bakal memberi cabaran yang begitu besar kepada kuffar termasuk di rantau Asia Tenggara. Pertembungan ini akan mewujudkan keganasan kerana masing-masing tidak akan tunduk kepada salah satu daripadanya.

Apa yang pasti Islam akan dimenangkan oleh Allah. Cuma waktu dan saat kemenangan itu adalah terletak kepada persediaan dan usaha umat Islam untuk melaksanakannya. Islam tidak diberi kemenangan mudah sebaliknya perlu mengalami keperitan dan kesusahan sebelum datangnya kemenangan dan kemanisan.

Keputusan Di Bagan Pinang

Rekod terburuk PAS dalam 3 kali pilihanraya di N 31. Hikmah Kekalahan ???

Sumber: Malaysiakini.com

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat