**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





24 January 2010

DPPB serah borang Ahli PAS -dr DPPNK



Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November 2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS.

Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat.

Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.

Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali.

Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling" .

1 comment:

penawarbaling said...

Islam sebenar
wahai bangsaku jangan sempitkan keislaman kita sekadar mendengar hujahan hijau dan biru, jadilah kita insan yang setia merujuk kepada ALLAH dan NABI iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS yang jelas dan nyata kebenarannya.
Cuba lihat senario hijau dan biru: mengenai pengunaan kalimah suci di gereja.
Hijau menampakkan sokongan.
Biru dilihat menentang.
Renunglah,Istiqorohlah bangsaku siapa sebenarnya memperjuangkan islam atau tunduk pada desakkan. Ingatlah jangan menang parti anak cucu cicik keliru.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat