15 January 2010
Minda Pmgk Tim. KP DPPB.
-Al Fadhil Us. Rasyidi Mat Arof.
-Timb. KP DPPB.
Salam ukhwah buat semua pejuang-pejuang Islam khususnya pejuang PAS.
Ana ingin menyebut disini tentang ketulenan perjuangan yang mana ianya membawa natijah yang jelas bahawasanya perjuangan kita semata-mata mencari redho Allah, ana ingin memetik sepotong ayat Allah untuk sama-sama kita hayati dan mengambil pengiktibaran terutamanya kita yang memegang amanah perjuangan di barisan paling hadapan. Ayat Allah yang bermaksud...wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat...
Ayat ini memberi mesej yang jelas kepada kita iaitu sebagai orang yang diakui beriman oleh Allah Taala, maka kita tak terlepas dari memohon pertolongan dari Allah, kerana keimanan kita pastinya diuji dengan pelbagai ujian yang akan meningkatkan keyakinan kita terhadap dasar perjuangan. Dan sememang sudah menjadi tradisi setiap pejuang akan Allah Taala hantar dengan pelbagai ujian agar dengan itu, jelas keimanan mereka kepada Allah Taala.Namun bagi menambahkan kualiti keimanan, setiap ujian yang datang hendaklah disusuli dengan memohon pertolongan dari Allah sebagai tanda dekatnya hati kita dengan Allah Taala...
keduanya, hendaklah kita sentiasa bersabar menghadapi ujian getir sebagai seorang pejuang, samada ujian berkaitan sifat dalam diri seperti malas untuk turun menjayakan program-program parti, jemu dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan, irihati dan dendam terhadap individu-individu dalam satu jamaah, takbur dan riak dalam melakukan kerja-kerja Islam, yang mana kesemua sifat itu akhirnya membawa kita kearah menjauhkan dari dari jamaah. Begitu juga perlu sentiasa bersabar menghadapi mehnah atau ujian dari sudut luaran, ujian terpaksa membelanjakan harta benda untuk bergerak dalam jamaah, terpaksa memperuntukan masa untuk jamaah, terpaksa memberi tenaga dan buah fikiran untuk jamaah, terpaksa hadir mesyuarat yang kerap, menghadiri usrah dengan istiqamah...kesemua ini adalah ujian yang kecil sebenarnya jika dinisbahkan dengan gelaran yang Allah berikan iaitu sebagai penolong agama Allah...seandainya ujian sebegitu kecil tidak mampu kita lepasi...bagaimana ujian-ujian besar yang ditempuhi oleh semua para Nabi, para Rasul, Sahabat-sahabat r.a.....
Ketiganya, perlu sentiasa dekatkan diri dengan Allah Taala bukan semata-mata solat fardhu malahan sebagai pejuang, perlu kita hiasi masa kita dengan sentiasa bersolat kepada Allah. kerana masa yang paling hampir bagi seseorang hamba itu ialah ketika ia sujud kepada Allah dan sudah pasti sujud itu ialah ketika sedang melakukan solat. Oleh itu, dekatkanlah diri dengan Allah dengan sentiasa bersolat kepadaNya.
Kesimpulannya, ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan perlu dinilai dari segi samada kita tulin atau tidak berjuang atas nama jamaah setelah kita berada atas landasan yang jelas ketulinannya. Apabila kita telah berada atas landasan yang tulin, maka sepatutnya kita turut memastikan perjuangan kita juga tulen dan benar.
....sahabatmu...
14 January 2010
13 January 2010
foto pilihan...
Usrah Caw. Carok Bemban Dalam.
Kelihatan ketua cawangan, pengerusi MKK juga tuan rumah, pak cik Ishak Ibrahim, memberi perhatian sepenuhnya terhadap ucapan yang antara lainnya menyentuh tentang kepentingan usrah sebagai asas dalam pembinaan kekuatan yang mantap dalam sesebuah jamaah...usrah menjadi tunjang kepada ukhwah dan rasa persahabatan...usrah sebagai medan mempereratkan silaturrahim...usrah sebagai jalan menghidupkan sunnah rasul dalam kehidupan harian...
Antara ahli usrah PAS Caw Carok Bemban Dalam...setia dalam perjuangan, Insya Allah, Allah akhiri nafas kita dalam perjuangan menegakkan Agama Allah atas muka bumi ini...
Semoga PAS Caw. lain dalam Kaw. Baling kembali memperkasakan institusi usrah sebagai asas perjuangan...mendidik jiwa agar berjuang semata-mata kerana Allah...bukan kerana sayang atau benci kepada individu tertentu..
Perlawanan persahabatan Badminton dppb dengan pemuda caw. Asam Jawa.
Naib kp dppb...bermain sambil berzikir kepada Allah Taala...
pemain yang penuh keimanan dan ilmu didada...
Memang aku tak puas hati pengadil ni beri kad merah kat aku....
Antara pemuda caw. Asam Jawa yang di bawa khas oleh Ustaz Zaini, pengerusi lajnah sukan n kebudayaan...
Gaya memang ada...tapi tak pernah merasai nikmat kemenangan...
Perlawanan badminton antara dppb dengan pemuda-pemuda cawangan adalah antara agenda yang diatur dibawah lajnah sukan dan kebudayaan yang di pengerusikan oleh Us. Zaini Kg Pisang. Ianya diadakan sebagai pengukuh ukhwah dan persahabatan antara dppb dan pemuda cawangan...Terima kasih Us Zaini atas kesungguhan mengelola dan mengaktifkan sukan untuk dppb..semoga ajk semua dapat mengambil manfaat sekurang-kurangnya untuk mengurangkan 'BTM' masing-masing.
11 January 2010
HIMPUNAN SUKARELAWAN PEMUDA PAS
Banner Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS
Pemuda Baling berkunpul di masjid Parit Panjang seawal 7.30 pagi
Bacaan doa sebelum bertolak...
Amin....
Pemuda Baling berkonvoi dengan 13 buah kereta dan MPV
Dah sampai tu..kena daftar dulu..RM 10 termasuk baju...boleh laa
Pemuda dan AJK DPPB segak dengan baju hijau....
Senyum sokmo...biar ikhlas berjuang yer sahabt semua...
Di sambut mesra.....
Kehadiran AJK DPPB ke Himpunan
Teks IKRAR...
Baling diberi penghargaan untuk mengetuai bacaan IKRAR
Ust Osman mengetua 2000 pemuda PAS Kedah untuk melafazkan ikrar
Bersemanagat semua..
Walau pun panas mentari....
panjang ker teks ikrar tu....biar lahir kesedaran di jiwa..ISLAM kalah bukan kerana kemiskinan tetapi kekayaan yang menambat jiwa pendokong dan penyokong..
Majlis pelancaran...
Pengerusi Muktamar PAS Pusat
KETUA PEMUDA KEDAH
Serius memberi nasihat kepada pemuda...Ambillah pengiktibaran kekalahan di Terengganu
Janganlah terhantuk baru terngadah...
Perasmi ...
Barisan VIP & AJK HIMPUNAN
Pengerusi Majlis..SU DPPNK
Ketua Pemuda Kedah & Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Subscribe to:
Posts (Atom)