**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





06 February 2010

Letakkan matlamat redho Allah mengatasi segalanya.

Salam persahabatan...

Memenuhi permintaan sahabat baikku untuk sesekali mengisi ruangan ini dengan tazkirah bagi tujuan menghidupkan hati penulis yang fakir ini juga sahabat pembaca sekelian agar tidak hanya berjuang atas matlamat politik semata-mata tetapi meletakkan matlamat yang lebih besar dan lebih terarah iaitu perjuangan bermatlamatkan redho Allah Subhanahu Wataala.

Kumulai dengan satu kisah yang berlaku dizaman Rasullullah SAW, suatu ketika Baginda pernah berkata bahawa pemuda itu adalah ahli neraka...maka tiba dalam satu peperangan, Perang Uhud, pemuda tadi yang bernama Qazzman, menunggang kuda, mara ketengah medan perang, bertempur dengan musuh-musuh Allah yang juga musuh Rasullullah SAW, dengan penuh semangat, dengan penuh keberanian, tanpa gentar, tanpa takut...dengan wajah penuh keyakinan...bertembung dengan pihak Kafir Quraish, melibas pedang tajam memutuskan tangkai kepala musuh...memancung leher-leher musuh.....tubuhnya juga dilibas pedang musuh dari segenap arah...hingga tubuh badannya berselirat dengan luka-luka yang dalam, darah mengalir membasahi seluruh badannya, ada luka yang teramat dalam hingga menampakkan putih tulangnya...

Akhirnya dia pitam dan terjatuh dari kudanya, sahabat yang lain memapahnya hingga ke kem tentera Islam. Dia terus pitam lantaran darah yang banyak mengalir keluar dari tubuhnya. Para sahabat berusaha menghentikan darah tersebut namun oleh kerana luka yang ada dimerata-rata tubuhnya, sebahagian luka hanya dibiarkan begitu sahaja...

Pada malam tersebut, Qazzman tersedar dari pitam..mengerang kesakitan yang amat sangat..lukanya amat banyak dan amat parah...akhirnya Qazman tidak sanggup lagi menahan kesakitan yang ditanggungnya...dia melakukan tindakan yang membenarkan kata-kata Rasullullah tadinya iaitu menusuk jantungnya dengan pedang miliknya sendiri....Qazman membunuh diri sendiri lantaran tidak mempunyai keyakinan untuk menanggung dugaan Allah Taala tersebut....

Maka benarlah segala ungkapan Rasullullah dan akan sentiasa benarlah apa-apa yang pernah disabdakan oleh Rasullullah...

Sahabatku yang kukasihi...

Allah pilih kita memegang amanah besar ini...amanah yang pernah dipikul oleh para Nabi dan para Rasul...ada diantaranya dibelah tubuh dengan gergaji dari kepala hingga kebawah perut, terbelah tubuh...ada yang dipancung leher...dibakar hidup-hidup dengan nyalaan api yang amat besar...begitu besar dan banyak dugaan Allah pagi pemegang-pemegang Amanah Allah ini...dan kita, walau jauh dari nabi...tidak pernah bersua muka dengan nabi...tidak pernah bertemu nabi...namun kitalah yang meneruskan amanah Allah tersebut...menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini...

Maka sahabatku...marilah bersama kita meletakkan matlamat redho Allah dalam perjuangan kita, agar kita tidak diputus asakan oleh Allah sebagaimana kisah diatas tadi...agar Allah sentiasa memelihara hati kita untuk terus yakin dengan janji kemenangan oleh Allah...dan yakinlah bahawa pertolongan Allah itu amat dekat...

Marilah kita jauhkan sifat munafik dalam perjuangan kita kerana munafik amat berbahaya dalam jamaah. Munafik bukan hanya dimiliki oleh individu diluar jamaah malahan sifat ini juga boleh berada dalam hati-hati pendokong jamaah...yang dilihat luarannya begitu bersungguh-sungguh menggerakkan jentera parti tapi dalam masa yang sama merancang strategi yang boleh meruntuhkan jamaah. Inilah yang menjahanamkan jamaah kita...lantaran terlalu bermatlamatkan politik semata-mata tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh jamaah secara totalnya.

Renunglah kisah diatas, semoga Allah tidak mensesiakan usaha dan pengorbanan kita untuk Islam menjelang akhir hayat kita...lalu segala amalan kita ditolak oleh Allah Taala....berjuanglah untuk redho Allah...nescaya makhluk seluruhnya akan memuliakanmu...tapi sekiranya berjuang kerana seseorang manusia...maka seluruh isi langit dan bumi melaknatmu....

sahabatmu....

03 February 2010

PAK LONG & AZHAN ATAN



MALAM KESENIAN BELIA SEJAHTERA BALING 2010



Bertempat di Padang Awam Keda, Kupang. Majlis turut diserikan oleh kumpulan nasyid seperti ZULFAN dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN), & Kumpulan Ar-Rays (Dikir Hijrah) dari Kelantan.

YB-YB kita pun sporting juga naik pentas...Pada malam itu juga YB Dr Hj Hamdan turut menyampaikan bantuan peralatan sukan seperti bola, takran dan net untuk aktiviti riadah pemuda-pemuda cawangan. Terima kasih kerana memilih Baling.


AJK ICT...Usop..rakam sampai habis ya...syukran..



ICT DPPB antara yang sibuk pada malam tu..takut skrin x kluar gambar..jangan langgar wayar yer....penonton bukan main ramai..sampai penuh di depan meja ICT.


Merakan detik-detik berharga...terima kasih kerana membantu ICT


Jumlah pengunjung dianggarkan 10 ribu lebih....


Ok sama-sama kita berselawat..semoga Allah memberi ganjaran yang baik untuk kita semua. YB Cg Johari Abdullah pun boleh nasyid juga.


Ok sila YB...ana bagi peluang tunjuk bakat..Harap maaf sekiranya ada kesilapan dan kelemahan sepanjang penganjuran.


Pak Long sibuk melayan peminat cilik...Pak Long menyanyikan lebih kurang 7 lagi seperti Al Jannah..Baju Kurung, Selagi ada rindu, Cinta Pantai Merdeka, Asma Al-husna dan beberapa lagu acapella..

Kumpulan Ar-Rasy dari Kelantan..1 kotak cd album habis dijual..RM 10 jer satu..hiburan melalui dikir barat..satu lagi inovasi dalam hiburan..menarik lagu mama mama..saye ko mama, mama mama....saye sebena....
Persembahan sola sdr Azhan berjaya memukau penonton sehingga 12.00 tgh malam. lunak suara memberi mesej dalam hiburan..

TAKLIMAT HIMPUNAN 2K PEMUDA BALING

DPPB akan mengadakan satu himpunan untuk mengumpulkan pemuda-pemuda bersama dengan Tn Hj Mohd Sabu di DUN Kuala Ketil. Program berkenaan adalah berbentuk perkelahan dan santai pemuda. Justeru itu pada 31 Januari lalu AJK DPPB telah mengadakan satu taklimat khusus bagi memastikan kelancaran program itu kelak bersama dengan Ketua Pemuda dan SU cawangan. Program ini juga diadakan bersempena pelancaran Sukarelawan Pemuda PAS kawasan Baling. Diharapkan agar semua pemuda-pemuda yang berada di kawasan Baling akan turung untuk sama-sama memeriahkan program tersebut



SU DPPB sedang meyampaikan taklimat.


Bendahari DPPB menunjukkan T-Shirt yang akan diperolehi secara percuma dengan pendaftaran keahlian SPP..Cantik...

01 February 2010

Harapan kami semua...


YB Ust Taib......
Ahli Parlimen Baling yang mantap dengan hujahan bernas dalam setiap sesi perbahasan Parlimen hingga memaksa pihak lawan terpaku dan terdiam...sering mengutarakan isu-isu berkaitan pendidikan seperti taraf STAM dan ruanglingkup pengiktirafannya...isu berkaitan taraf ekonomi dan sosial masyarakat...ketidakadilan dalam sistem pentadbiran yang mempunyai kesan langsung terhadap masyarakat dan rakyat...dan sebagainya.

Terlibat secara aktif terutama dalam pengembangan ilmu-ilmu akhirat terhadap rakyat Baling dengan jadual kuliah yang agak padat di masjid-masjid dalam Kawasan Baling.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus menjana arus pemikiran rakyat untuk kejayaan material duniawi juga kejayaan dihari Akhirat...


YB Cikgu Johari Abdullah..

ADUN Kupang yang sentiasa dekat di hati dan mata masyarakat...sentiasa memenuhi undangan kenduri dan ziarah kematian atau apa sahaja yang berkaitan dengan masyarakat. Banyak maklumat berkaitan Kerajaan Kedah yang sepatutnya sampai kepengetahuan rakyat bawahan disampaikan dengan begitu berkesan dan jelas.
Terima kasih diucapkan...


YB Cikgu Hj Mad Zuki...ADUN Kuala Ketil....

Amat prihatin dengan masalah rakyat terutama berkaitan isu pendidikan dan perhubungan sosial serta prasarana rakyat. Menjadi tali perpaduan antara kaum terutama dalam DUN Kuala Ketil seterusnya memberi impak yang besar dalam Parlimen Baling. Amat senang didekati rakyat serta mempunyai pandangan spontan yang rasional dan tepat.

Terima kasih kerana memenuhi amanah kami...

Gandingan yang mantap serta serba melengkapi inilah merupakan resepi kejayaan PAS Kawasan Baling untuk terus memikul mandat rakyat bagi memastikan tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini...Takbiiiiiirrrrrrr.....

Berkelah bersama Pemuda Kuala Lesong. Kuala Ketil


Pada 30 Januari 2010, hari Sabtu. Satu program perkelahan bersama Pimpinan PAS Kawasan Baling telah berjaya diatur dengan sempurnanya oleh ajk Pemuda PAS Caw. Kuala Lesong dengan kerjasama PAS Cawangan dan muslimat.
Kelihatan YB Parlimen Baling sedang berbincang sesuatu dengan YB DUN Kupang...

Kehadiran KP DPPB Ust Man Hamid juga memeriahkan lagi suasana perkelahan tersebut...setelah berjaya melangsaikan beberapa mangkuk sup ikan sungai dan ikan sungai baka tawa cicah a asam yang paling best di malaysia....

kehadiran muslimat cawangan...tugas utama ialah sepiang ikan sungai kuala lesong....

hidangan bermula dengan tahlil ringkas....kemesraan terjalin...perut pun dah menyanyi lagu Pak Long....selagi ada rindu..

Antara AJK DPPB dan pemuda Cawangan.....bergerak seiring dan sezaman...satu tekad, satu azam, satu matlamat....satu impian...satu kapal..

31 January 2010

"ROYALTI HAK KAMI" - RAKYAT KELANTAN




















Sempena Solat Hajat dan Ceramah Perdana menuntut Royalti Minyak Kelantan dianjurkan oleh GEGAR (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat).
Pada 28 Januari 2010 beberapa orang AJK DPPB dan Pemuda Cawangan Baling telah ke Stadium Muhammad Ke IV , Kelantan bagi menyaksikan sendiri perlaksanaan program tersebut. Dengan kehadiran lebih 40 ribu rakyat Kelantan melahirkan rasa sokongan kepada Tok Guru dan Kerajaan Kelantan untuk menuntut royalti tersebut menjadikan program tersebut sangat berjaya.

Program dimulakan dengan solat hajat selepas solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan solat Isyak. Selepas jam 9.30 mlm, bermula perarakan masuk YB Datuk Tengku Razaleigh Hamzah (Mantam Pengerusi PETRONAS), Pengerusi GEGAR (Dr Abdul Halim & Mohm Fauzi Abu Samah), Datuk Paduka Husam Musa, VVIP, VIP dan AJK pelaksana dengan menaiki beca dan dan motor lama.

5 sebab mengapa kerajaan persekutuan mesti mengembalikan royalti kepada rakyat

1. Perjanjian telah ditandatangani antara PETRONAS dan kerjaan Kelantan pada tahun 1975.

2. Akta kemajuan Petroleum 1974, Seksyen 4 telah menetapkan supaya PETRONAS membayar wang secara tunai kepada kerajaan negeri.
3. Wang ihsan adalah berbeza dari wang royalti kerana wang ihsan adalah pemberian simpati sedangkan wang royalti adalah hak dan hasil perundingan

4. Pemberian royalti bermakna pengiktirafab kepada konsep negara Fedarilisme (Persekutuan) yang telah dipersetujui antara kerajaan negeri dan pusat.
5. Hujah bahawa negeri Kelantan tidak layak kerana minyak ditemui melebihi 3 batu nautikal adalah tidak relevan kerana ia tidak disebut dalam Perjanjian Akta Petroleum 1974.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat