**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





10 February 2010

DPPB KOMITED MENGUMPULKAN 2000 PEMUDA



Dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah, menambahkan majoriti undi di dun Kuala Ketil dan dun Kupang serta menawan dun Bayu, DPPB berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik golongan pemuda untk bersama-sama dengan PAS. Kami menyedari peranan dan pengaruh undi pemuda kepada kemenangan PAS khususnya di Kedah.

Oleh itu, Ust Osman di dlm mesyuarat semalam menegaskan agar semua ajk DPPB dengan kerjasama ketua pemuda cawangan perlu komited dalam menangani isu pemuda. Kita tidak mahu hanya sibuk melayan isu perdana sehingga lupa pemuda-pemuda di kawasan kita. Pemuda adalah nadi perjuangan PAS. Denan perkelahan perdana yang bakal diadakan ini, DPPB yakin kita dapat mengumpulkan 2000 pemuda Baling malah dijangkakan lebih daripada itu. Undangan dan kehadiran Tn Hj Mohd Sabu adalah pilihan yang tepat untuk bersama pemuda.

Justeru itu, ayuhlah kepada semua pemuda Baling, sama-sama kita berkelah dan menanamkan ukhuwah demi memperjuangkan ISlam. Ayuh buktikan keimanan kita. Ayuh kita gerakkan anggota kita untuk memenangkan ISlam. Ayuh kita sebarkan dan gerakkan sahabat-sahabat kita yang seagama dengan kita. Ayuh bangkitlah bersama DPPB. Insyaallah dengan komitmen kita itu, pastinya dibalas oleh Allah SWT.


Mesyuarat DPPB khusus utk perkelahan perdana. Bermula 11.00 malam sehingga 2.00 pagi.
hari Selasa..
Ust Marzuki dan beberapa AJK komited mendapatkan sumbangan sehingga ke P.Pinang utk menampung budget perkelahan. Balik kuliah pkl 11.00 mlm terus ke SMADI..terima kasih kpd penderma..


Pemangku Timb Ketua Pemuda Ust Rashidi, sibuk menguruskan poster dan surat jemputan YB. Cg Johari, YB Cg Ki dan YB Ust Taib Azamudden.


Ukhuwwah yang mantap sanggup bermesyuarat walaupun mata pejam. dah pukul 1.00 pagi tp masih boleh senyum dan memberi idea bernas.


Poster dan banner yang siap sedia untuk diedarkan ke pelusok Baling, Sik, Kroh dan Grik..


Perancangan yang teliti dan idea sahabat diuruskan dengan baik oleh SU. Cadangan nak tumbangkan seekor lembu..Budget insyaallah akan diuruskan dengan baik...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas berjuang..

PERKELAHAN PERDANA PEMUDA BALING



Kepada semua pemuda cawangan dijemput menghadiri perkelahan perdana anjuran DPPB. Semua maklumat program boleh didapti daripada banner dan poster spt di atas. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat melalui ketua pemuda cawangan atau di meja urusetia pada hari program.

Kepada ketua pemuda cawangan sila dapatkan maklumat dann borang penyertaan daripada penyelia zon masing-masing.

Penyelia zon dikehendaki menyerahkan senarai nama kehadiran zon masing-masing pada hari Jumaat nanti. 12 Feb 2010.

Harap maklum

S/U DPPB

08 February 2010

DPPB MERAIKAN PERKELAHAN PEMUDA SUNGAI DARAK


YB Cikgu Kie...Naib YDP Ust Hasan, SU Kwsn Ust Yusof, KP Ust Man...memacu perjuangan hingga ke tebing sungai...


Jangan biarkan perjuangan kita berkesudahan seperti ikan bakar ini...nanti dicicah dengan a asam..

Motivasi perjuangan untuk rakyat...antaranya jangan terpedaya dengan dakyah musuh...taati dan walak pada keputusan jamaah...tidak patah semangat untuk terus berjuang...memelihara kemenangan dengan pengisian yang padat...dan yang paling penting...daftar pemilih...

Tazkirah YB...amat mesra rakyat...konsep hijrah rasul perlu disemai dalam mengisi ruang kemenangan...pengorbanan Rasul SAW dan para sahabat perlu dicontohi oleh setiap anggota jamaah Islam....peliharalah kemenangan ini kerana ini adalah amanah Allah kepada kita semua...


Kawan lama deh...masa di Yayasan Khairiah dulu...sesekali turun ke Cawangan, bertemu sahabat sepengajian dahulu...terasa berkatnya perjuangan..Allah menjadikan landasan perjuangan yang satu ini untuk mengikat ikatan ukhwah kita...walau kita berbeza haluan hidup......perjuangan kita tetap sama...


SU Pemuda Caw. Sg Darak sejak 2004 hingga kini...ust. Nazri yang juga merupakan su PASTI Kaw. Baling bersama Bendahari DPPB juga Pagawai Kewangan PASTI Kaw. Baling...dengan payung yang BERSIH lagi suci...


Srikandi Islam kg sg Darak...dilapisi dengan terpan nipis...disaat hujan mencurah-curah...bumi menjadi basah...namun semangat perjuangan selebat hujan dimalam itu..


hanya beralas selipar sendiri...tapi kasih ayah mengatasi segalanya...membesarlah anakku...warisilah perjuangan ayahmu ini...

Perjuangan rakyat bukan dilobi hotel-hotel mewah...bukan dihiasi sofa-sofa mewah...bukan di sirami cahaya neon indah...bukan diiringi irama muzik-muzik indah...bukan di harumi wangian-wangian perfume berjenama...bukan disediakan dengan hidangan menu yang mewah...tetapi hanya ditebing sungai kg sungai darak...


Tahniah kepada pemuda dan cawangan Sungai Darak serta cawangan sekitar yang berjaya mengumpul dan mengadakan perkelahan dengan masyarakat setempat...Program seperti ini harus diadakan di cawangan2 lain juga sebagai usaha mempertahankan kerajaan Islam Kedah..Teruskan perjuangan.....

MENARIK DALAM USRAH DPPB

Usrah DPPB kali ini diadakan di dewan gelap SMADI, Kupang...bermula jam 7.30 malam sehingga 12.00 tgh malam..


Akrabnya Pemangku KP dengan SU. Lepas mesyuarat dan usrah pun masih meting berdua..sahabat setia..


Pengerusi dan Tim Tarbiyah pun komited dengan tugas DPPB. Sibuk juga dengan urusan rasmi sekolah dan pondok..Hebat pengorbanan mereka ni..jom pakat2 bantu tarbiyah...



Rancang apa tu...Untuk perkelahan pemuda yer..teruskan..


Agenda penting lepas usrah dan mesyuarat..sesi menunaikan amanah pada perut.. lapar ni..pukul 12.30 tgh malam baru makan malam..

Nilai ukhuwah yang sukar dicari dan dibeli..

Masa mesyuarat khusyuk sungguh...harap2 perancangan yg teliti untuk perkelahan perdana DPPB berjalan seperti yang diputuskan..

Usta Khairul dok pikir apa tu...serius jer.. dok teliti bacaan alquran dan tajwid sahabat2 masa baca surah annisa'..tok guru tajwid kita..


Memanafaatkan teknologi..tak payah bawa quran dah..semua dok dalam laptop.


Saff pimpinan harian DPPB...awal sungguh mari usrah ..

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat